Friday, August 7, 2009

Part 1

Dengan baju kurung moden biru polos beserta jilbab kuning terang, maria membuka seatbelt vios yang kian terasa sempit itu, dia perlu segera ke cafe yang telah dijanjikan untuk berjumpa marissa dan Janet. Masa kian mengejar, maria sedar dia terlambat untuk temujanji itu. Pintu vios dibuka, di masa yang sama proton Perdana masuk bersebelahan kereta Maria, mujur Maria sempat menarik kembali pintu kereta. Sebagai manusia biasa Maria sempat juga menyeranah di dalam hati ' tak berhati-hati betul kete sebelah ni!!"

Maria kembali membuka pintu, dia mahu segera menuju ke cafe.

"Maaf cik tak perasan awak nak keluar tadi." pemandu proton Perdana itu bersuara.

"erm..Tak mengapa, saya pun tak perasan en. nk masuk td.. saya pergi dulu." Maria berbasa-basi sambil sekilas memandang ka arah pemandu tadi... Maria meminta diri untuk menuju ke cafe, dia tahu jika berlengah pasti anak-anak muda itu mahu membina ayat2 seperti kebiasaan yang dialami.

Dia tidak perasan ada sepasang mata yang terkejut sedang memandangnya tanpa kelip!

" Pew, lawanya awek nih, baik lawa manis.... tergoda aku.." Kaplai mengayam ayat.

" Betul ar, cantik siot... anak sapelah ek??.." Haikal yang mata keranjang turut memuji hangat.

" Woi Pian ko apasal pandang awek tu semacam jer??? tu bukan taste ko lahh..." Kaplai pelik melihat Sufieyan yang terpinga-pinga setelah di sergah tadi. Ia itu buka taste Sufieyan.. selama ini dia tak pernah tahu yang Sufieyan pernah atau mahu berkawan dengan gadis-gadis sopan seperti gadis tadi. Yang dia tahu Sufieyan adalah seorang lelaki yang suka enjoy, malahan dia sendiri keliru mana satu wanita yang pernah menjadi kekasih Sufieyan, memandangkan sikap Sufieyan sendiri yang terlalu sosial dan masih mahu berjiwa muda. Sedangkan mereka kini sudah 29 Tahun. Kaplai mula sedar yang dia semakin dewasa, cuma jiwanya sahaja belum mahu mengaku, lantas dia cepat-cepat membuang fikirannya kembali ke arah nyata.

Sufieyan hanya diam sewaktu bermain snooker. Dia tak seperti selalu yang sentiasa kecoh dan nakal. Fikirannya mati-mati bukan berada di situ " Dia ke? tapi kenapa tak macam dulu??..."
hatinya berbisik. Dia tidak tenteram di situ, hari ini Sufieyan mati nafsu untuk bersosial jiwanya masih tertumpu kepada peristiwa tadi...

"Tak mengapa, saya pun tak perasan en. nk masuk td.. saya pergi dulu."

“Betul ke Maria?” Terngiang-ngiang suara Maria tadi membakar fikiran Sufieyan. “Kenapa dia dah lain???” getus Sufieyan lagi.

"Peh ko kata nak main tadi, tapi aku tengok ko yang sibuk berangan! Ko apsal??" Kaplai memecah bicara.
" ..........Aku malaslah nk main, xde mood. Lepak Cafe jom, haus ar....." Sufieyan malas mahu meneruskan bicara, justeru dia tahu jika dia yang mengajak pasti Kaplai akan terus melupakan seribu soalan yang bersarang di fikiran sahabatnya itu. Dia kenal Kaplai @ nama sebenarnya Zulkeifli itu.

“ Haikal lepas game ni gi minum ….” Kaplai menjerit kepada Haikal yang sedang leka menjolok bola snooker.


Cafe Coffe Beans

Maria sedang menikmati Spegatti bolognaise, perutnya yang kosong dari tadi meronta-ronta minta di isi. Mujur Janet & Malissa faham situasi Maria hinggakan lewat sampai di tempat yang di janjikan.
Bau kuah Spegatti begitu menyelerakan Maria, apatah lagi dia masih belum *lunch untuk tengahari. Jadi menu itu cukup membuka selera. Sepinggan spegetti itu tidak tersisa langsung. Janet memesan Beaf Noddle , manakala Marissa hanya memesan sepotong kek coklat.

" Maria, nampak lain seorang wanita anggun like u, makan makanan itali..." Janet mahu mengusik Maria.

" Ohw... iya, i nampak pelik?? jadi u pun nampak pelik jugaklah... sebab muka pan asia like u makan beaf noddle......." maria juga turut mahu menyakat Janet.

" Tapi i lebih suka nasi Janet, nasiblah kt sini xde nasi campur... kalau tak peninglah u tengok i makan penuh sepinggan nanti." Maria beriaksi selamba sambil mengenyet mata kearah Janet.

" Ala i rasa Jenet pun sama juga macam u, selera besar. Entah2 dia lagi bertambah bila dah kena sambal belacan orang melayu.." Marissa bersuara.

Mereka ketawa bersama, Maria hanya tersenyum... Dia selesa bila bersama Janet dan Marissa, biarpun Janet berlainan agama, tetapi mentalitinya terbuka menerima pandangan atau cara hidup kaum, dan agama apatah lagi dalam diri janet mengalir darah Inggeris dan cina jadi dia juga tahu menghormati budaya serta agama lain yang dianuti sahabatnya. Malah, Janet semakin suka mengkaji adat budaya serta agama orang melayu. Marissa adalah rakan sewaktu di Universiti lagi, mereka sememangnya akrab bersama. Malah, persahabatan mereka tidak pernah terputus meskipun Maria pernah melanjutkan pengajian ke Mesir sebelum ini.

..............

"Sufieyan, tu macam awek kt parkir petang td je...kan??" Haikal menyiku lengan Sufieyan,
Sufieyan meliar mencari sudut yang di maksudkan Haikal, sudut yang agak tersembunyi di situ. Dia melihat tiga gadis yang sedang berbual, yang mana satu-satunya gadis bertudung kuning itu sangat-sangat membakar perasaan.

" Maria...... betul Maria." Sufieyan berbisik sendiri.

" Member dia pun cun-cun giler weih.... peh geramnya aku.." Haikal menambah.

Mereka bertiga mengambil sudut yang paling dekat dengan Maria, Kaplai yang sedang asik merenung ke arah mereka bertiga mahu berkenalan dengan mereka.

"Kaplai, ko ingat lagi tak Maria...." Sufieyan mematikan lamunan Kaplai

"Maria, yang mane?? budak Bukit Angkasa tu ker? balas Kaplai sambil mata tetap meliar melihat ke arah Maria.


" Maria anak Dato' Murad tuh ke? wei dia kan dah study kt US tuh?...." Haikal menambah.

" .....bukanlah. Kaplai ko ingat tak dulu,Maria yang kita fingthing kalau aku dapat usha dia, kau belanja aku masuk club!.. Maria yang dulu sama2 part time keje kt Restoran masa cuti sem tuh....!"

"..... erm...Maria yg tuh ker? erm....nape? " Kaplai termangu-mangu bertanya. Ternyata ingatannya kurang jelas ketika itu.

"Ko perasan tak wajah perempuan tuh macam Maria........cuma sekarang dia pakai tudung!" Sufieyan mengerut wajah. Dia pasti itu Maria, dia tidak pernah sekali-kali melupakan gadis itu. Ketika itu dia terlalu muda untuk memikirkan soal hati dan perasaan. Dia hanya mahu bersuka-ria hinggakan dia terleka kerana sikapnya ada hati yang terluka dan menagis hiba.

"Ah... ko nih, x kot.... dulu aku tak terpikat pun?.... kenapa sekarang aku terpikat plak???Kaplai tetap mahu menongkah.

" Takkan ko tak ingat plak? Ok Kalau itu Maria, betul-betul Maria, kau jangan kacau. Kalau bukan, kau boleh try ok!" Sufieyan memberi amaran.

" Okey3... deal" Kaplai tersenyum suka.

Sufieyan memanggil waiter untuk membuat pesanan, tekaknya haus lalu dia memesan kopi, Haikal & Kaplai masing-masing memesan Mocha dan Coke. Sufieyan mendapat idea lantas dia meminta pelayan tersebut memberi sekeping nota untuk di sampaikan kepada 3 orang gadis itu. Yang utama tentunya adalah si gadis yang berhijab kuning.

“Dik bil mereka yang duduk kt situ biar saya yang bayar ye….” Sufieyan menghulurkan kad kredit kepada pelayan itu, sambil menunjuk ke arah Maria. Mungkin ini langkah pertama untuk memikat gadis seperti kebiasaan yang dia lakukan.



" Maaf cik, ada note untuk cik," waiter bertubuh kurus itu memberi note kepada Maria.

" Dari siapa?....untuk saya?" Maria bertanya
" .....dari encik yang duduk disitu" sambil menunjukkan posisi tempat Azam duduk.

" terima kasih" Maria tersenyum, Maria tidak perasan ada seraut wajah yang sedang menjamah manisnya senyuman Maria.

"Untuk gadis bertudung..
seIndahnya keperibadianmu...

Saya benar-benar mahu mengenalimu
sudi menyambut salam dari saya?"


t-shirt hijau

019-6541003



Maria tercari-cari pemuda itu, dia hanya mahu melihat.. tetapi pandangannya terhalang oleh beberapa susuk badan yang sedang minum di situ. Dia hanya dapat melihat belakang seorang lelaki ber-t hijau tetapi tidak jelas.

" Wow Maria, ada orang nak takle u....." janet mengusik

" T-shirt hijau? I nak tengok macamana orangnya….” Malissa bersuara sambil sempat menjengah note di tangan Maria. Malissa mahu melihat lelaki yang begitu kolot di zaman serba canggih dan moden ini. Malissa hampir dapt melihat lelaki itu, tetapi pandangannya terhalang kerana Sufieyan duduk membelakangkan Malissa.

“ Maria hanya tersenyum kelat, dia sudah lali dengan usikan –usikan lelaki yang mahu berkenalan dengannya. Bagi Maria lelaki itu bukan lelaki yang benar-benar ikhlas mahu berdamping dengannya. Kenangan lalu membuat hatinya sedikit mengembang marah, tetapi atas kesabaran yang di perolehi setelah usia meningkat dewasa dia cepat-cepat membuang rasa marah itu. Marah adalah hasutan syaitan. Perkara itu sering di tekan oleh Ustaz Shuib sewaktu dia belajar di Cairo, Mesir dulu. Ternyata keputusannya untuk mengambil jurusan perubatan di Cairo benar-benar mengajar Maria erti islam yang sebenarnya. Dan kini diri Maria adalah lambang kepada cirri-ciri wanita islam sejati.

“ Malissa, janet jomlah balik… I tak selesalah kt sini.” Maria menyusun kata minta difahami oleh Malissa dan Janet. Mereka berdua akur, kerana mereka sememangnya kenal dan memahami sikap Maria. Lagipun mereka sudah

Maria memanggil pelayan sekaligus meminta bil .

“ Cik, bil cik en. Yang tadi tuh dah bayar.” Jelas pelayan itu..

“ Dia bayar bil kami??..erm Oklah terima kasih ye” Maria berkata dengan tenang selepas mendengar kata-kata pelayan itu. Tetapi, Dia mahu memulangkan semuala harga untuk bil yang telah di bayar. Maria tidak mahu terhutang budi. Dia tidak suka.

“ Maria, let him pay the bill…..” Janet memberi cadangan

“ erm…. I x suka Janet, lagi susah makan budi orang daripada berhutang segunung harta..” Maria tetap dengan ketegasannya.

Janet & Marissa hanya mengangguk perlahan.

Maria berjalan perlahan menuju ke meja Sufieyan, entah kenapa dia terasa sesuatu bila terpandang wajah Kaplai. Dia teringatkan seseorang…. Mungkin serupa je. Maria memujuk hati.

“ Asalammualaikum…. En., saya rasa en tak perlu bayar bil kami…… terima kasih…” Maria berkata sambil menghulurkan not RM50 kepada lelaki dihadapannya. Maria masih tidak dapat melihat lelaki ber-t hijau kerana lelaki itu duduk membelakangkan Maria.

“ Takpe cik, saya belanja. Anggaplah sebagai tanda minta maaf pasal hal parkir td…” Sufieyan berkata sambil berdiri menghadap Maria.

Mereka terpaku, Sufieyan bagaikan direnjat volt elektrik berkuasa rendah. Jantungnya berdegup laju…. Wanita di hadapannya itu persis benar dengan wanita yang pernah sama-sama bergelak ketawa dulu. Waktu itu terasa indah….Kenangan itu melintas di benak Sufieyan.

“ Subhanallah…. Dia ke nih?? Maria berbisik sendiri. Antara mereka tiada sebarang kata.Masing-masing terdiam mengunci bahasa.

Everything is ok Maria?”Janet memecah kata lantas mendekati Maria.

Marissa turut terdiam sebaik melihat wajah lelaki ber-t hijau itu.

“Pian???...” desis Marissa

Kaplai turut menggaru kepala, ternyata apa yang di katakan Sufieyan benar-benar berlaku di depan matanya. Dia tidak dapat menafikan kecantikkan wajah Maria, persis seperti dahulu tetapi kini lebih manis dan anggun kini. Kaplai terkaku diam seribu bahasa. Dia jadi malu dengan wanita itu. Dia mengakui Maria Berjaya menjadi wanita dewasa yang menggetarkan hati lelaki-lelaki di luar sana.

“ Maria…..???...”kata hati kecil Kaplai, dia tidak menduga wanita yang berdiri dihadapannya adalah Maria. Kenangan 10 tahun mula terimbas menyegarkan fikiran.

“ Maria……???? Awak Maria? Sufieyan….” Sufieyan memperkenalkan diri seolah-olah pertama kali berkenalan. Dia kehilangan kata, dia mati akal. Rasa bersalah terhadap wanita dihadapannya itu kuat menguasai diri.

“ Saya Maria, ini Janet dan Marissa…. Sufieyan,,....er.... terima kasih atas budi baik awak. Tapi saya tak rasa ianya perlu…. ” Maria menegaskan.walaupun jauh dari sudut hatinya dia terkejut dengan pertemuan itu. Dia tidak mahu emosi tentang peristiwa dulu kembali meruntun hati. Dia kenal lelaki itu…. Lelaki yang dulu pernah membuat dia tersenyum ceria… lelaki itu juga yang membuat dia patah hati dengan semua lelaki yang mahu mendekati dirinya. Kini dia kuat untuk menentang segala kenangan lalu.



*********************************************************************




Cinta Sufieyan dan Maria sememangnya telah diketahui umum di Restoran itu. Manakan tidak, Sufieyan yang beriya-iya mahu menyata cintanya yang *tulus untuk Maria. Dia menyata cintanya kepada Maria di depan rakan-rakan sekerja. Maria tersipu malu, walaupun begitu, dia mengakui hatinya bahagia. Ini adalah cinta pertama Maria, dia tidak tahu mengapa hatinya begitu senang berada di sisi farhan. Selalunya dia tidak begitu. Hatinya tawar untuk lelaki, niat untuk belajar bersungguh-sungguh apabila berada di Universiti telah tertanam kuat dari relung hatinya sejak dulu, walaupun ayahnya kuat menginginkan Maria melanjutkan pelajaran ke Mesir.. Tetapi Maria sendiri yang mahu berdikari menimba ilmu di Negara sendir, ternyata kedegilan Maria telah meruntuhkan keras hati seoarng bapa. Maka, Maria mendaftar di sebuah Universiti, malah identitinya sebagai anak seorang tokoh perniagaan yang Berjaya turut di rahsiakan. Maria tidak mahu hidup dengan limpahan kesenangan yang terbentang di depan mata. Dia mahu membuat kedua orang tuanya bangga. Jadi, dia tidak mahu terleka. Tapi dengan Sufieyan dia juga menyimpan hati lantas teringat bagaimana jenuh si Sufieyan mahu menghulurkan salam perkenalan sewaktu mula-mula dia bekerja di Restoran itu.

“Maria…. Aku nak kenal dengan kau boleh tak?” Sufieyan sengaja menguatkan suara ketika Maria berada di pantry untuk mengambil pesanan pelanggan. Maria tergamam. Dia bengang, mengapa lelaki ni tak tau malu sungguh! Desis hatinya..

Pada mulanya Maria tidak pernah amik kisah atau melayan usikan-usikan nakal Sufieyan, tetapi semakin lama usikan Sufieyan telah membuat dia terbuka hati untuk menerima lelaki itu. Malah tidak dinafikan diri sikap dan peribadi Sufieyan jugalah yang menambat hati Maria dan akhirnya cinta mula terbina di hati masing- masing.

Note –note kecil sering bertukar antara mereka sewaktu bekerja. Hari-hari cuti mereka, sentiasa penuh dengan janji temu. Maria tidak sangka, niat untuk dia menimba pengalaman dengan bekerja sambilan di Restoran telah membuka lembaran baru untuk Maria. Dia telah merasai apa itu cinta.



Sufieyan bagaikan tersentak dengan apabila Kaplai menguis lengannya….Dia terkenang kisah lama. Kenangan itu membuatnya hamper terbunuh! Dia mahu menebusnya semula”Maria maafkan aku…” dia berbisik sendiri.

Maria sudah berpaling dari Sufieyan, dia mahu segera meninggalkan tempat itu.

Dia sempat meletakkan not RM50 di atas meja mereka.

Marissa & Janet hanya mengekori dari belakang.

“ U ok Maria?.... “ Janet mula cemas. Dia tidak tahu apa yang berlaku antara Maria dan lelaki ber-t hijau td, tetapi dia dapat mengagak ada sesuatu yang berlaku antara mereka.

Marissa memegang kejap tangan Maria, dia tahu apa yang berlaku… Dia dapat merasakan hati Maria. Dia sendiri tak percaya akan berjumpa dengan Sufieyan setelah lebih 10 tahun dia membuat Maria lara. Yang membuatkan dia bertambah terkejut kerana Sufieyan sendiri yang mahu berkenalan semula dengan bekas kekasih lama! Dengan wanita yang dulu di buang tanpa peduli isi hatinya…

“ Maria….. aku ada kt sini. Tak payah fakir pasal dia lagi Maria semua tuh kisah lama. ..” Marissa menarik lengan Maria, dia mahu Maria berasa selesa dan tenang.

“ …… Aku oklah Marissa, Cuma terkejut jer….kau jangan risau ok. Dia bukan sape-sape pun bagi aku….” Maria cuba beriaksi tenang. Dia tidak mahu mengusik kerisauan sahabat baiknya itu.

“ Maria….”

“ Maria..” Sufieyan mengejar jejak Maria. Dia tak tahu entah kenapa dia mahu berdepan dengan gadis itu… Dia mahu menyatakan sesuatu, dia mahu Maria mendengar.

“ Maria…. Please, dengar cakap er.. saya dulu….” Sufieyan melangakah cepat dan menempatkan diri di hadapan Maria. Ungkapan saya mungkin sedikit kaku pada Sufieyan memandangkan dahulu mereka membahasakan diri kau & aku.

Maria menunduk, dia tidak punya kekuatan untuk memandang wajah Sufieyan.

“ Marah itu sifat syaitan, ….” Terngiang kata-kata Ustaz Shuib. “ Memaafkan lebih baik daripada membenci…. Itulah pengubat hati.”

Maria akui dia tidak kuat ….. tetapi untuk menjadi pendendam seperti dahulu, itu amat dielakkan sama sekali. Maria sedaya upaya bersabar … Kerana rasa marah dan kecewa dia pergi ke Cairo melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Hingga kini dia berjaya bergelar seorang doctor.

Don’t disturb her again Pian… kau ni tak sedar dirilah…” Marah Marissa

“ dah ludah takkan nak jilat balik kot?” tambah Marissa lagi

Awak saya betul-betul minta maaf,tapi bagi peluang saya cakap dengan Maria sekejap…please.” Sufieyan menagih simpati Marissa. Dia sedar dia harus menadah telinga walaupun ayat Marissa cukup panas untuk di dengar.

“ Cakaplah Pian, saya dengar…..Maafkan Marissa, dia tak sengaja. Dia memahami saya…cakaplah Pian apa yang awak nak jelaskan… “ Maria bersuara perlahan, dia cukup mengawal nada serta bahasa yang digunakan . Dia tidak mahu sesiapa pun berkecil hati.

“Maria…. Saya jumpa awak semula. Tak sangka, saya dapat jumpa awak…. Awak, saya nak mintak maaf banyak-banyak, tolong maafkan saya awak…please…” Sufieyan memancing simpati Maria.

“ Saya tak berdendam, semua tu jauh dari hati saya… Jadi mulai sekarang anggaplah kita tak pernah terjadi apa-apa antara kita. Bukan saya benci awak, tapi sebaiknya begitu…. Awak adalah kenangan bagi saya … selebihnya kita tetap ada kehidupan yang baru…” Maria menyatakan isi hatinya. Itu yang dirasakan perlu agar lelaki di depannya itu faham.

“ Pian, anggaplah dulu Cuma suka duka kita memahami erti dewasa….kerana ketika itu kita terbius nafsu yang melalaikan. Sebaiknya itu adalah pangkal dan panduan untuk masa mendatang…. Saya tak membenci awak pian, memusuhi awak jauh sekali… Untuk tahun-tahun yang berlalu setelah awak pergi… Saya tak pernah melupakan awak. Seorang lelaki yang pernah bergelak ketawa, suka duka di samping saya dulu…… saya hargai awak, Pian. Malah saya ingin berterima kasih pada awak……”

“ Maria, please jgn cakap macam tuh,. Saya tahu saya yang salah! saya terlalu ikutkan hati… ketika tu saya belum dewasa untuk menilai mana yang betul mana yang salah…. please Maria, tak mungkin awak tak pernah marah dengan saya… Maria… please…” Sufieyan memotong kata-kata Maria.


Kaplai & Haikal terpinga-pinga melihat kelakuan Sufieyan. Berbagai persoalan muncul di benak fikiran mereka. Hairan melihat Sufieyan yang beriya-iya mahu menebus kesalahan terhadap Maria. Sufieyan tidak pernah bertindak sebegini terhadap mana-mana wanita. meskipun Zety, bekas keksih Sufieyan yang paling jelita.

Mereka melihat Sufieyan beralih memberi ruang untuk Maria ke keretanya. Tidak lama, Vios hitam meluncur meninggalkan parkir di hadapan mereka.


" Hoi Pian, ko aphal? peh ko nih..... giler ar...." Kaplai segera mendekati Sufieyan.


" Aku nak dapatkan Maria semula.... kali ni, aku akan kejar dia..." Sufieyan berkata pasti


" Eleh... ko nih, ko ingat KL nih kecik ker? Mane ko nak cari dia?" haikal mula mengapikan Sufieyan


Sufieyan tersenyum lantas menunjukkan phone. Ini bermaksud Sufieyan telah mendapatkan no phone Maria tadi.

kaplai & Haikal mengerutkan wajah. "Entah apa kali ini" desis mereka.

Maria Zaharah

Ini adalah hasil garapan nukilan ku yang pertama...

Maria Zahara

Watak-watak

1.-Maria Zaharah
2.-Ahmad Sufieyan Hisyam
3.-Muhammad Warith Hisyam


kisah cinta seorang wanita yang di tinggalkan, bangkit setelah jemu meratapi kemarahan.

"Cinta itu hanya luka semata-mata, aku tidak mahu kecewa lagi... Untuk membina cinta bersamamu umpama aku menadah bara-bara luka.... justeru itu lepaskanlah aku pergi. Kerana aku sudah menemui cinta kurniaan Ilahi...."


" Maria, berilah aku peluang sekali ini, kali ini cintaku adalah cinta Mati!!!"Sufieyan


" Adakah cinta ini sedang menyiksamu Maria...... Aku tidak rela melihatmu derita, kerana cinta aku adalah anugerah Tuhan, bukan ujian yang bisa membuat hatimu dihiris kejam...."Warith

Biar aku buka segala yang membeku di dada.....




Selamat membaca.....